twitter
rss

Matematik adalah satu matapelajaran yang tidak memerlukan kita membaca dan mengingat fakta.  Ianya memerlukankita membuat latihan dan latihan dan latihan dan juga menghafal formula.  Berjaya menyelesaikan masalah matematik memberikan satu kepuasan dan juga semangat untuk kita terus menyelesaikan masalah-masalah lain matematik.

Belajar matematik memerlukan teknik.  Berikut adalah teknik-teknik untuk menjadi pelajar yang pintar dalam matematik :

1.  Semuanya kena bermula dengan minat. Ianya boleh diibaratkan perkara paling asas.  Tanpa minat, potensi untuk pintar dan cerdas dalam matematik agak samar.  Tanamkan minat dalam diri untuk menyukai matematik.

2.  Displin dalam diri.  Matematik memerlukan kita berdisplin.  Biasakan diri menyelesaikan masalah matematikdalam masa yang telah ditetapkan. Walaupun kita faham dengan sesuatu topik,kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut mengikut masa yang ditentukan seandainya kita tidak ada displin dalam diri.  Kebiasaannya masa yang diberikan untuk menjawab satu soalan adalah 3 minit.  Cuba pastikan kita berjaya menyelesaikan dalam masa kurang dari 3 minit.  Sasaran kita mestilah kena lebih dari masa yang ditetapkan. 

3.  Sifir kena hafal.  Walaupun untuk pelajar sekolah menengah, kalkalator boleh digunakan, tetapi sifir sangat penting untuk dihafal.  Pelajar yang pintar matematik, mereka tiada masalah dalam menghafal sifir.  Menghafal sifir menjadikan otak kita cerdas dan cepat dalam mengira.

4.  Mesti ada wawasan dalam diri untuk berjaya dan menguasai matematik.  Tanamkan azam  dan jadikan matematik adalah satu matapelajaran yang menyeronokkan.

Cuba dekati dan jadikan mereka yang pintar dalam matematik sebagai kawan.  Di samping dapat mengeratkan silaturahim, pelajari sesuatu dari mereka dan jadikan mereka idola untuk berjaya menguasai matematik.

[Kaedah+Mudah+PendarabanBlog1_0001.jpg]







Selain menggunakan jari, teknik kreatif untuk membina minda kreatif ialah dengan melihat komponen Sifir 9 menggunakan kotak 3 X 3.

Langkah 1

Bina kotak seperti dibawah, Isikan nombor didalam kotak tersebut.


Langkah 2


Bagaimana untuk membina sifir 9. Lihat kotak nombor 9. Itu adalah pintu untuk anda masuk ke dalam kotak tersebut.

Langkah 3

Melalui pintu nombor 9 ini, anda masukkan nombor bermula dari angka 0 sehingga angka 8 mengikut turutan. Lihat pada rajah. Jawapan untuk sifir 9 secara automatik telah anda bina. Cuba uji dari pintu yang anda masuk. 9 ( itu adalah untuk 1 X 9 = 9 ). 18 ( untuk 2 X 9 = 18 ). dan seterusnya.


9 x 1 = 9


Mula-mula minta semua pelajar mengangkat kedua2 belah tangan dan membuka semua jari.  Kemudian, minta pelajar tutup ibu jari dan menerangkan 9 x 1 = 9.



9 x 2 = 18

Selepas itu, minta pelajar-pelajar tutup jari telunjuk dan menerangkan 9 x 2 = 18.



9 x 3 = 27

Seterusnya, minta pelajar-pelajar menutup jari hantu dan menerangkan 9 x 3 = 27.


Lakukan aktiviti seperti ini di dalam kelas dan jadikan ianya seperti satu permainan.  Untuk menggalakkan murid-murid lebih teruja, kita juga boleh sediakan hadiah kecil untuk pelajar-pelajar yang paling pantas menjawab sifir yang dikemukakan.  Jadikan aktiviti ini sesuatu yang seronok untuk murid-murid dan satu kepuasan bagi guru.

GENIUS. Kanak-kanak pakar matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 12, melancarkan buku sulungnya, Seni Matematik Islam sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur semalam.

Buku itu memaparkan teori ciptaan Adi Putra mengenai kaedah belajar matematik secara santai. Karya setebal 200 halaman itu dijual sejak dua minggu lalu pada harga RM40.20 senaskhah."Sejak ia dipasarkan, sudah 3,000 naskhah buku telah terjual,'' katanya.

Kepintaran Adi Putra mula mendapat perhatian pada tahun 2005 apabila dia yang pada waktu itu hanya berusia lima tahun, memiliki kemahiran setaraf profesor matematik di universiti.

Belajar matematik ni kalau diikutkan, ramai yang kata boring, mengantuk, susah dan macam-macam lagi.

Tapi sebenarnya, bergantung pada diri seseorang tu sendiri. Kalau dia memang dah set dalam pemikiran yang matematik ni susah, maka susah la jadinya.

Kreatifkan diri. Banyak cara boleh dilakukan untuk menjadikan sesuatu yang dianggap susah itu senang, yang boring itu menarik. Salah satu caranya nak bagi matematik ini dianggap menarik adalah jadikan dia satu lagu.
Mari dengar.



Selamat datang ke blog saya. 
Terima kasih atas kunjungan anda semua.